Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.
Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.
Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.
Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.
Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.
Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.
Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.
Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.
Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.
Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.
Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?
Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?
UMNO/BN lebih tertekan.
Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!
Sunday, February 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment