Wednesday, February 07, 2007

Ekonomi Membimbangkan?

Angka-angka ekonomi yang membimbangkan.

Perbezaan yang besar antara dana keluar dan masuk dalam pasaran saham Negara kita seperti yang tertera dalam perangkaan Bank Negara di bawah tajuk PELABURAN PORTFOLIO MENGIKUT JENIS (PORTFOLIO INVESTMENT BY TYPE) adalah contoh untuk kita perhatikan. http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2006/12/pdf/viii_16.pdf

Bagi saham dan sekuriti korporat, ia menunjukkan pembayaran atau dana keluar mengatasi penerimaan atau dana masuk sebanyak RM 11.4 billion dalam tempoh suku akhir 2005 hingga suku ketiga 2006 atau dalam tempoh setahun sejak Oktober 2005 hingga September 2006.

Dalam tempoh itu secara berterusan bagi setiap suku, pembayaran mengatasi penerimaan.

Keadaan pembayaran mengatasi penerimaan bagi pelaburan saham dan sekuriti korporat yang terburuk dicatitkan ialah ketika krisis kepimpinan dan ekonomi 1997 - penerimaan berkurangan dari pembayaran sebanyak RM 22 billion. Ia bermakna dana di bawa keluar dari Negara kita melebihi dana dibawa masuk.

Keadaan sekarang adalah yang terburuk sejak 1997, sekalipun angka yang saya tunjukkan tadi bukan dalam satu tahun kewangan kerana angka suku terakhir 2006 belum diperolehi. Ia mencatatkan penurunan yang berterusan sejak akhir 2005. Ia mencapai separuh angka yang dicatitkan pada 1997.

SAHAM DAN SEKURITI KORPORAT

TAHUN PENERIMAAN PEMBAYARAN PERBEZAAN

1997 RM 122.9 B RM 144.9 B ( - )RM 22.0 B
2004 75.9 B 60.5 B 15.4 B
2005 71.1 B 73.8 ( - ) 2.7 B
2006
(TIGA SUKU) 61.1 B 67.3 ( - ) 6.2 B

(Harus diingat, bagi tahun 2006 adalah hanya untuk tiga suku tahun sahaja dan kurangan antara terimaan dan bayaran bermula akhir 2005)

Fenomena ini disokong oleh angka lain dalam statistik Bank Negara seperti JUMLAH URUSNIAGA ANTARA BANK DALAM PASARAN PERTUKARAN ASING KUALA LUMPUR. http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2006/12/pdf/v_10.pdf


Jumlah tukaran asing spot dan swap setiap bulan sepanjang 2006 adalah secara berterusan lebih besar dari tahun-tahun sebelumnya.

Tukaran asing spot dan swap

2003 - RM 178.4 b
2004 - RM 283.5 b
2005 - RM 603.4 b
2006 - RM 866.4 b

Satu lompatan besar telah berlaku antara tahun 2004 dan 2005 iaitu sebanyak RM 320 billion kepada RM 603 billion dan terus melompat sekali lagi pada tahun 2006 sebanyak RM 263 billion lagi.

Pertukaran asing spot ialah urusniaga tukaran asing yang diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Bagi tahun 2006, Mei menyaksikan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM 112.5 billion dan peningkatan ini adalah sebanyak RM 36.8 billion berbanding bulan sebelumnya.

Mungkin ada yang bertanya, bukankah pasaran saham kita sekarang ini meningkat? Bukankah itu menunjukkan penyertaan dana asing meningkat?

Adalah menarik untuk mengetahui bagaimana pasaran saham kita meningkat sedangkan dana asing menunjukkan aliran keluar?

Cuba lihat seterusnya statistik mengenai KWSP. http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2006/12/pdf/iv_01.pdf

Pelaburan KWSP dalam pasaran saham telah meningkat dengan ketara. Jumlah tertinggi yang dicatitkan adalah pada Disember 2006. Berbanding Disember 2005, ia meningkat sebanyak RM 15.6 billion sementara berbanding Disember 2004, ia meningkat sebanyak RM 32.7 billion.

Sejak Oktober 2005, ia menunjukkan penglibatan KWSP dalam pasaran saham yang terus meningkat secara berterusan bagi setiap bulan. Peningkatan ketara RM 5 billion berlaku pada Oktober 2006.

Adakah KWSP dan dana awam tempatan yang lain telah dikerah untuk meningkatkan urusniaga pasaran saham kita dan pada masa yang sama ada pihak tertentu akan mendapat faedah dari kegiatan ini?

Ada orang berkata, satu dari tanda pilihanraya hampir ialah peningkatan pasaran saham. Pengumpulan dana pilihanraya dikatakan berlaku dari situ.

Jadi ada dua persoalan yang perlukan penjelasan di sini. Adakah kedudukan ekonomi kita membimbangkan? Adakah wang KWSP digunakan untuk menutup keadaan yang membimbangkan itu?

5 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Dato',
Mungkin komen saya di sini tiada kaitan dgn tulisan Dato', cuma saya terpanggil untuk menyatakan perasaan kecewa saya dgn pemerhatian saya semasa berada di negeri Kelantan utk beberapa hari semasa cuti Tahun Baru Cina.

Saya seorang anak Kelantan yang tinggal di luar Kelantan. Semasa balik bercuti, saya berpeluang "menerokai" semula bumi Kelantan dengan berkunjung ke Pantai Bisikan Bayu, P.Puteh. Alangkah terkejutnya saya, pantai yang sedemikian cantik ditinggalkan terbiar begitu sahaja. Kemudahan asas utk pengunjung amat menyedihkan. Walaupun terpaksa membayar 30sen utk masuk tandas, keadaan tandas amat menjijikkan. Pantai pula dipenuhi sampah sarap. Kenapakah perkara sebegini boleh terjadi? Ianya menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri tidak menghargai natural resources yang dianugerah Ilahi. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil peluang membangunkan pantai yang cantik ini utk sumber ekonomi negeri melalui industri pelancongan.

Saya dapati plet kereta pengunjung kebanyakannya daripada luar Kelantan. Mungkin mereka juga spt saya, anak Kelantan yang tinggal di luar Kelantan. Sekiranya keadaan ini berterusan, ianya mencacatkan imej kerajaan negeri pimpinan PAS dan mungkin sukar mendapat undi daripada pengundi luar Kelantan. Harapan saya agar tindakan segera dapat diambil sebelum terlambat. Jangan jadikan fenomena ini senjata bagi musuh politik PAS untuk menyerang dan dijadikan modal kempen pilihanraya nanti.

Sekian. terima kasih.

Penyokong PAS Kecewa
drhassan2u@yahoo.com

Anonymous said...

datuk husam aa,
agaknya kalu pas perintah mesia nie, boleh maju ka ekonomi???
be honest.

Anonymous said...

ooo, kawe tgk ekonomi kelate lembab, jange ler pas perintoh meleysiaa nie.

Anonymous said...

Kawan nak tumpang bertanya dengan NRE/JAS pasal isu LOJING dan supaya YB Husam dapat buat followup di Parlimen nanti:

1.Mana perginya program pemerhatian udara menggunakan khidmat unit udara polis dan helikopter swasta yang disewa oleh JAS untuk memantau pembangunan tanah tinggi secara berkesan?Masih berjalan ataupun sudah ditamatkan?

2.Jika program pemantauan udara masih diteruskan.kenapakah masalah pematuhan pembangunan tanah tinggi masih kurang berkesan lagi pemantauannya?

3.Jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan tanah tinggi di pengerusikan oleh Menteri NRE sendiri.Bagaimanakah berkesannya fungsi JK yang semacam dah zzzzzz saja(serupa bos nombor satu)?

Nampak gayanya isu LOJING ini ibarat seperti keris awang pulang ke dayang...siapa awang,siapa dayang,sama2 lah kita fikirkan.....:)

Anonymous said...

orang Melayu dah tolak pendekatan ala fundametalist dan ala Arab yang dibawa oleh kelompok ulamak Pas..ini terbukti dengan penolakan kelompok ulamak dari kepimpinan tertinggi Pas oleh penyokong mereka sendiri. Ini juga terbukti dengan penolakan PAS yang berimejkan kelompok ulamak oleh rakyat dalam Pilihanraya ang dahulu (setelah penipuan dan undi hantu diambil kira).

Orang Melayu dan islam kini lebih senang dengan pendekatan sederhana dari segi agama dan sistem pemerintahan sekular seperti yang dibawa oleh Anwar.

Lihatlah sokongan rakyat-jauh lebih besar kepada PKR dari PAS. Mereka mereka yang tingalkan UMNO kini memilih PKR sebagai alternative dan bukan PAS.keangotaan baru orang melayu dan orang muda ke dalam saf pembangkang jauh banyak tertumpu kepada PKR dan PAS.

Dah sampai dah masa PAS tutup kedai dan merge dengan PKR.