Tuesday, February 06, 2007

Abdullah ikut telunjuk Samy, Samy ikut telunjuk siapa?

Abdullah mengambil alih pentadbiran negara dengan seribu harapan baru dari rakyat Malaysia. Habis sudah zaman gelap pertelingkahan, tekanan politik dan kurang peka dengan sentimen dan aspirasi rakyat.

Hasilnya, lonjakan besar sokongan dicampur manipulasi pilihanraya yang paling teruk sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia. BN menang besar.

Kini, Abdullah mundur semula ke zaman sebelum beliau mengambil alih teraju utama negara.

Perjanjian konsesi lebuhraya berat sebelah diteruskan. Tak perlu dan tidak akan dikaji semula.

Teruskan kerahsiaan perjanjian konsesi berat sebelah tersebut dengan OSA. Rakyat tidak dibolehkan mengetahui kandungannya. Sekalipun pincang, ia adalah Rahsia Negara.

Naikkan tol untuk pastikan syarikat konsensi tetap untung. Apa peduli rungutan rakyat. BN selamanya memperolehi majoriti besar.

Tahan penunjuk perasaan aman yang cuba mempamirkan beban berat yang mereka terpaksa tanggung ekoran kenaikan tersebut. Suka, terima, tak suka, terima. Senang, terima, susah, terima. BN tak hargai perasaan anda jika pilihanraya masih jauh.

Teruskan cengkaman OSA untuk lindungi kepincangan.

Siasat orang yang dianggap mempunyai dokumen rahsia berkenaan. Tiada tolak ansur.

Geledah pejabat dan rumah mereka. Mesej yang jelas.

Tertulis di mana-mana. 'Samy' sindrom terus menghantui urusan lebuhraya negara kita.

Sampai bila? Anda ada jawapannya.

4 comments:

BakaBaik said...

Harga toll tinggi, itu jalanraya semi value punya standard jugak. Apa2 urusan kerajaan semua OSA. Camni baik cucuk hidung rakyat jelata lagi senang nak control… Kuasa VETO pun kurang2 isu dibahaskan jugak.. ni lagi teruk.

Saya mewakili rakyat pertengahan (rasa2 nya la) pun dah tak tahan dengan harga toll ni!!!, apakan lagi golongan berpendapatan rendah. Satu hari nanti rakyat jadi Jebat derhaka.. tak payah disuruh2… mengamuk serentak secara spontan, jadi macam tu baru kerajaan mahu sedar kot.

2-3 minggu lepas dok sibuk pasal nak charge orang bawa kereta masuk KL, hello? Penguasa, jangan la… kita penghuni KL macam2 charge dah kena. Kalau system atau design badaraya tu kapuk, jangan lak nak membebankan rakyat. Pikir la sendiri kenapa orang masih tak guna pengangkutan awam.

Kita ni dok kawasan khatulistiwa, ada hujan ada panas. Yang saya dok perhatikan, baik LRT, Komuter, Bas & Taxi rata2 tempat berhenti tak selesa terutama time hujan, mesti basahnya, tu pasal bila time hujan jalan bertambah jam, pasal pengguna pengangkutan awam keluar dengan kenderaan sendiri pulak.

Bangunan dari satu blok ke satu blok satu hal juga, majorit dah bersambung, basah la jawabnya kalau melintas time2 hujan.. silap hari bulan tergolek kena langgar mat motor.

Sekian.
from Bukit Jalil, KL

Mr. Right said...

yang mereka semua ikut cakap NAFSU

Anonymous said...

Kawan nak tumpang bertanya dengan NRE/JAS pasal isu LOJING dan supaya YB Husam dapat buat followup di Parlimen nanti:

1.Mana perginya program pemerhatian udara menggunakan khidmat unit udara polis dan helikopter swasta yang disewa oleh JAS untuk memantau pembangunan tanah tinggi secara berkesan?Masih berjalan ataupun sudah ditamatkan?

2.Jika program pemantauan udara masih diteruskan.kenapakah masalah pematuhan pembangunan tanah tinggi masih kurang berkesan lagi pemantauannya?

3.Jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan tanah tinggi di pengerusikan oleh Menteri NRE sendiri.Bagaimanakah berkesannya fungsi JK yang semacam dah zzzzzz saja(serupa bos nombor satu)?

Nampak gayanya isu LOJING ini ibarat seperti keris awang pulang ke dayang...siapa awang,siapa dayang,sama2 lah kita fikirkan.....:)

Anonymous said...

menteri tu saja nak buat kepoh....dah keja dia jaga alam sekitar knp nak tuding JARI KAT ORG.....KERAJAAN kELANTAN BUKAN KERAJAAN ALAM SEKITAR