Friday, January 26, 2007

Agenda Altantuya

Kesedihan kita tentang kisah pembunuhan kejam Altantuya tentunya belum reda. Semua pihak yang ada perasaan kemanusiaan tentunya mau melihat pembunuh atau pembunuh-pembunuhnnya dan sesiapa sahaja yang terlibat dihukum secepat yang mungkin.

Namun, harapan kita semua tertangguh kerana mahkamah kita, mungkin mahkamah yang tersibuk di dunia, telah menetapkan kesnya hanya akan didengar lebih setahun dari sekarang, iaitu Mac 2008.

Ia secara kebetulan membawa kepada pertanyaan: Pilihanraya dulu, baru Altantuya?

Dalam agenda setting, Altantuya adalah post pilihanraya ke 12?

Tidak ada jawapan yang tepat di sini, kecuali dalam kotak fikiran PM kita.

Namun, jika pilihanraya datang pada tahun 2007 atau selewat-lewatnya Februari 2008, nyata kes Altantuya datang kemudian dari pilihanraya.

Jika kita berfikir dalam kotak sebegini, nampaknya ada sesuatu yang tidak ingin dibiarkan terbongkar sebelum pilihanraya.

Itu dapat difahami. Sesuatu di luar jangka mungkin boleh timbul semasa perbicaraan dan ia mungkin menjejaskan Umno dengan teruknya. Kemungkinannya banyak sekali, termasuk kemungkinan berkait penyaluran wang kick back, kalau ada, dari urusan pembelian senjata di mana Altantuya mungkin mempunyai pengetahuan mengenainya.

Tetapi yang lebih mendebarkan, adakah PM akan menggunakan isu ini untuk penyusunan kerajaan baru post pilihanraya ke 12, jika ditakdirkan BN menang dan membentuk kerajaan sekali lagi?

Mungkinkah ada sesiapa yang akan menjadi korban dan hilang kedudukannya sekarang? Orang ini disimpan sebelum pilihanraya, seakan tidak ada kaitan sama sekali dengan isu Altantuya, dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang untuk menutup isu dari meletup semasa pilihanraya, tetapi tidak dilantik semula ke jawatan sebelumnya selepas pilihanraya?

Jika itu agenda pihak tertinggi, Datuk seri Anwar Ibrahim ternyata lebih lincah dengan membawa ke depad atau fast forward menjadikan isu ini adalah isu pra pilihanraya.

Jika mereka telah meletakkan setting isu ini sebagai isu post pilihanraya, itu hal mereka. Setting berbeza nampaknya telah dimulakan oleh DSAI.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sekiranya perkara ini menjadi satu kebenaran, maka terbukti bahawa institusi kehakiman negara kita sememangnya tidak bebas daripada pengaruh kuasa eksekutif.

Maka, harapan kita untuk melihat badan kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan tidak terpengaruh atau tunduk pada mana-mana tekanan yang datang dari kerajaan akan semakin pudar dan hilang seperti mana pandangan rakyat terhadap kredibiliti PDRM.

Sememangnya survival politik itu amat penting buat politikus. Tetapi adalah sesuatu yang amat berbahaya jika politikus itu beriman dan beramal dengan falsafah 'matlamat menghalalkan cara' yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli.

Belasungkawa buat mereka yang memperjuang dan menuntut hak serta keadilan.

Anonymous said...

tak faham bagaimana Najib, saat orang2 diluar kecoh mengaitkan beliau dengan altantuya, beliau boleh terus berdiam diri, angguk tidak, geleng pon tidak.