Friday, January 26, 2007

Alahai Najib!

Timbalan Perdana Menteri kita melayangkan sepucuk surat kononnya ditulis oleh pimpinan PAS menyeru pengundi Batu Talam untuk keluar mengundi. Pimpinan PAS Raub sejak semalam mengingatkan saya tentang teredarnya surat itu, kononnya ditandatangan oleh saya! Sejak semalam juga mereka telah membuat laporan polis.

Laku juga rupanya tandatangan saya. Sampai-sampai entah jin mana terpaksa mengedarkan surat berkenaan, untuk membuktikan Pas berkempen di Batu Talam dan dengan itu, boikot pilihanraya Pas hanya sandiwara.

Timbalan Perdana Menteri yang dikelilingi oleh SB dan risik tentera yang berkeliaran di Batu Talam dengan mudahnya menerima kononnya surat itu sememangnya dikeluarkan oleh Pas.

Mungkin TPM kita berfikir di luar kotak seperti yang disarankan oleh PM, lantas memanggil sidang akhbar sambil posing bersama surat berkenaan. Malangnya, TPM kita tak pula berani menyebut nama siapa menandatangani surat berkenaan. Takut kena saman?

Alahai! Desperade sangatkah TPM kita?

1 comment:

marn05 said...

Kalau tak desperado, mana mungkin boleh jadi begitu.

Ala, kalau takat cubaan nak berfikir luar kotak macam ni, baik tak payah.