Impian yang lama. Tapi belum tercapai.
Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?
Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan. Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat. Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.
Ditengah-tengah politik adu domba, satu kumpulan kaum dianggap musuh kumpulan kaum yang lain, untuk mengekalkan kuasa bagi merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat semakin menderita.
Fitnah dan serangan peribadi membuta tuli bertalu-talu lalu menutup kebebasan media yang menjadi teras sebuah bangsa merdeka yang berdaulat di bumi sendiri.
Yang dekat dijarakkan, yang jernih menjadi keruh, yang benar diputarbelitkan, yang sesat dijunjung, yang keparat menjadi sanjungan.
Hidup sehari-hari terasa haru biru dari Perlis sampai ke Sabah. Pertentangan, pergisiran, jenayah, ancaman, ugutan, bebanan, pembohongan dan kepungan.
Sampai bila harus begini?
Dari hari ke hari terasa semakin sempit bagai ditolak menuju lubang kubur semata-mata untuk sebuah kuasa bernama BN terus bertakhta. Terakhir, kenaikan mendadak lima dalam satu untuk menyambung hayat kerajaan yang sedang retak menunggu rebah ini.
Adakah kita semua dilahirkan hamba? Terpenjara?
Segala impian murni melihat tertegaknya 'kerajaan kita' dari rakyat untuk rakyat tidak pernah ada ruang untuk bernafas dan mengambil tempat dalam alam nyata?
Di tengah kepungan media dan salah guna instrumen kuasa, wajib bagi kita semua yang masih bernyala dalam dada sebuah impian murni bangkit mengumpul kekuatan.
Sebuah dana untuk menambah kekuatan untuk mengorak sebuah perubahan akan dilancarkan dengan nama Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) pada 7 Ogos 2010, beberapa hari sebelum Ramadhan.
Majlis Makan Malam Perdana sempenan pelancaran akan diadakan.
Saudara saudari boleh melayari laman web khusus kami dalam sehari dua lagi untuk mengambil bahagaian dalam apa jua cara .
Harapkan kerjasama anda semua.
Thursday, July 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sekiranya Pakatan Rakyat memerintah pada pilihan raya akan datang..
bagi pendapat YB..
apakah strategi Pakatan Rakyat nak memulihkan ekonomi negara yang telah diporak-perandakan oleh Barisan Nasional?
salam yb..bru2 ni saye ada menonton wacana perdana...panelis lokman noor adam ade sebut tentang penafian peruntukan terhadap adun bn kelantan oleh kerajaan negeri...kalau disalur pun, menurut penyelia dun..benarkah? klau ya, apa beza ngn BN, same teruk je lah...malulah kalau berckap psal tabung impian rakyat malaysia klau kite x amalkan keadilan..tolong ulas skit.. jauh disudut hati saya rase tu cma tuduhan..juz nak jwapan..
Post a Comment