Thursday, June 17, 2010

Najib bubar Parlimen, mestikah kita bubar DUN?

Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.

Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.

Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya.

Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?

Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam.

Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.

Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas.

Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali?

Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang.

Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal.

Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan.

Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita.

Ada dua kemungkinan. Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata. Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita.

Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata.

Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak.

Pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan.

14 comments:

Anonymous said...

i) malaysian style - the federal govt has the right to decide general election. we have to accept that. we do the same when (not if) we march to putrajaya.

ii) do not play by the rules with umno baru. they hit below the belt, we hit them below the belt. be naughty. they play dirty, we play naughty.

iii) we have enemies on two fronts - within pas (geng perpaduang) and without pas (umno baru). these two gengs have to be eliminated.

go to the malay folks in kampungs.
go to the orang asli / sabah / sarawak.

if u need funds, pls publish bank account. we know what to do.

the rakyat has more money than umno baru. even after all the billions they stole from us. we still have enough left to KUBURKAN UMNO BARU.

umno asal dah dikuburkan mahathir tahum 1988. sekarang tinggal umno baru. let's finish the job.

we have the money.

4RAKYAT

sbfadzil said...

Salam, ini betul2 kejutan pada PM Najib.... Saya sokong

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Salam Ziarah
DUN nakbubar, janji belum terlaksana lagi, camner nie

Anonymous said...

idea yang hebat !! i like it very well...

abe MIE 'TERJAH' said...

Perdana Menteri ada satu, Menteri Besar ada banyak...

itu konsep demokrasi lah...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Unknown said...

SAYA SANGAT2 SETUJU KERANA SUDAH SESANGAT BOSAN DENGAN KARENAH POLITIKING DI MALAYSIA SEHINGGA SEMUA PEKERJAAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN.PERUNTUKAN2 UNTUK PEMBANGUNAN RAKYAT DIPOTONG2 UNTUK BELANJA PILIHANRAYA,
TETAPKAN TARIKH DAN KITA BERTANDING MACAM ANAK JANTAN BUKAN MACAM PONDAN...LAGI SATU APA SALAH BERKUASA SEHINGGA HABIS TEMPOH MANDAT,SELEPAS TU BUAT PILIHANRAYA BARU...BANYAK KERJA LAIN RAKYAT NAK BUAT,BUKANNYA NAK ASYIK GI MENGUNDU JE...

simpangtiga said...

Benar YB. Tarikh pilihanraya bukan kepunyaan mutlak PM.

Di negara Indonesia, takwim pilihanraya ditetapkan setiap kali Presiden baru dinaikan.

Begitu juga di negara-negara Eropah seperti US, Britain dll. takwim pilihanraya ditetapkan bagi memudahkan rakyat dan parti politik.

Begitu juga urusan kempen sentiasa dibuka seluas-luasnya untuk setiap parti politik berkempen dan merasai nikmat demikerasi. Malah, tarikh pilihanraya juga tidak pernah menjadi rahsia kerajaan.

Hanya kerajaan yang jakun sahaja bertindak 'pondan' sebagaimana UMNO-BN.

sb dehlawi said...

sokong tulisan YB husam

Anonymous said...

sokong idea YB Husam

sb dehlawi said...

YB, bila nak melawat DUN lama, kijang? khususnya Kampung Sungai Budur.

McDonald's Kota Bharu said...

Salam Dato'. Teruskan perjuangan demi rakyat Malaysia.

Aiman said...

Salam. Teruskan perjuangan untuk rakyat Malaysia.

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga PRK akn datang dimenangi gerakan yg mahukn ISLAM trs didirikn di tnh air trcnte ini..amin

Anonymous said...

Salam,
1.Haiyya latuk..apa itu salahuddin cakap...ADR KUbang Kerian..

2.time latuk ada kuasa..ada dia belani cakap itu macam....