Gelombang pertama untuk PAS Kelantan – dua nama ‘besar’ yang dicalonkan UMNO tidak bersedia bertarung atas tiket UMNO. Prof. Madya Abdullah Sudin di Pengkalan Chepa dan Pengelola Istana Diraja, Datuk Halim Ahmad di Pasir Mas.
Mereka enggan turun. Nama sudah diumumkan. Persetujuan batang tubuh tidak ada.
Difahamkan, Datuk Awang Adek mengadap Sultan Kelantan untuk mendapat perkenan Datuk Halim bertanding. Gagal. Umum dahulu, baru perkenan diminta. Bukan caranya.
Umno kecewa pusingan pertama. Cubaan mendapat milage kononnya Umno mendapat restu Istana dengan adanya Datuk Halim, patah di tengah jalan.
Hari ini, Umno kecewa lagi. Calonnya di DUN Kijang ditolak kerana muflis. Kemenangan percuma calon wanita PAS, Senator Wan Ubaidah.
PAS Kelantan mendapat lonjakan kedua – sangat penting di saat Umno galak bercakap angkuh Kelantan sudah dalam mulut mereka.
Jika bantahan tidak dibuat, dan jika ditakdirkan Umno berjaya menang di Kelantan – apa nasib khazanah Kelantan dengan adanya calon seperti itu?
Senarai yang diumumkan Pengerusi Umno Negeri adalah senarai yang diluluskan oleh Presiden parti – Abdullah Ahmad Badawi. Hadhir sama semasa pemilihan akhir dibuat ialah Timbalan Presiden, Datuk Najib dan Setiausaha Agung.
Sistem tapisan Umno begitu lemah? Maklumbalas risik tentera dan polis tidak ada? Calon pula mendiamkan diri dan tidak memaklumkan pada pucuk pimpinan?
Dan andai kata mereka menang? Siapa dulu yang akan diselamatkan? Rakyat atau diri masing-masing?
Selain muflis, apa lagi bentok calon destruktif yang mungkin mengambil kesempatan atas khazanah Negara jika mereka berkuasa – yang dibariskan sebagai calon Umno/BN seluruh Negara? Awas!
Sunday, February 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
ketelusan SPR pada tahap terlalu telus sehingga telus mengizinkan calon BN telus masuk walaupun syarat dan peraturan SPR (baca: setelusnya) tidak diikuti dengan setelusnya. Pendek kata, ketelusan SPR begitu telus. Sehingga begitu telus dan dapat disaksikan oleh orang ramai tentang ketelusannya. Barang di sebalik jaket SPR akhirnya telus pandang, dan terbukti ketelusannya mampu meneluskan walau sebesar gajah BN yang memang wataknya suka melanggar itu dan ini, memijak itu dan ini biarpun dia tahu, kawasannya sudah tiada lagi.
Pertamanya, Tahniah untuk PAS Kelantan kerana menunjukkan kecekapan yang tinggi sehingga dapat kerusi DUN pada hari pertama lagi. Itulah hakikat yang umno/BN kena terima, iaitu BN hanya boleh menang dengan syafaat SPR saja. Kalau nak harap pada kebijaksanaan, kecekapan dan kerja keras, mereka hanya cekap menipu, merompak khazanah negara saja dan bekerja keras untuk kayakan kroni masing-masing.
Padan muka Awang Adik, kkecek gegge gegak nak jadi MB. Tok sohlah, ambo hak dok di Pahang nak balik mmapus mu Awang Adik (mmapus kerjaya politik umno/BN, buka hok lain)! Awe Adik tunggulah kami di Parlimen Bachok, ambo nak tengok muka demo jadi HITAM pada 8 Mac 2008 nanti!
Kepada petugas PAS/BA, lipatgandakan usaha jangan bagi ruang sikitpun untuk umno/bn.
syabas ! teruskan lipatganda usaha murni pertahan kerajaan ISLAM kelantan TAKBIR !
awe agah, demo tunggu kawe di bachok, dun jelawat parlimen bachok. kawe nok ajar sikit.
Dari seri kembangan, selangor
Lebih sesuai diwarwarkan sebagai TAHUN MERAWAT PEMIMPIN BN KELANTAN
Dato Husam,
"In the face of adversity,one can achieve the most impossible feat unimaginable to human kind." - Anonymous.
Perumpamaan di atas tepat sekali membayangkan apa yang dihadapi oleh PAS dalam usaha mempertahankan hak mereka untuk menegakkan demokrasi di bumi Malaysia yang tercinta. Berhadapan dengan mesin propaganda yang begitu berat sebelah, terutama sekali dalam mengungkap komen-komen pemimpin mereka yang membuat tuduhan terhadap sebelah yang lain, tanpa menilai sendiri bahawa merekalah sendiri yang paling bersalah. Contohnya, KJ menuduh pemimpin parti pembangkang menggunakan teknik kotor. Padahal dia sendiri lupa akan tindak-tanduknya sendiri semasa di Ijok, tidak lagi mengambil kira tindak-tanduk anak-anak buahnya yang bertindak liar mengalahkan samseng dengan izin.
Apa yang perlu bagi pihak PAS, senantiasa memastikan segala apa yang dibuat sentiasa benar dan tidak menyeleweng. Yang paling penting, hakim yang paling muktamad adalah rakyat sendiri, bukannya pandapat orang-orang luar yang tak pernah menjejakkan kaki mereka di bumi kita yang tercinta.
Dk, nanti menang, jangan lupa kami, ok ? (Walaupun dah tahu memang menang pun)
drp.
Rakyat Kelantan
Assalamualaikum,
Tahniah,
Datuk, selaku warga penjawat awam saya harap Datuk memberi perhatian kepada permohonan dan tuntutan penjawat awam seluruh malaysia seperti tidak mahu kenaikan pangkat berlandaskan PTK atau berorientasikan peperiksaan dan kursus yang banyak memberi advantage kepada pegawai yang tak bekerja atau malas dan banyak masa untuk membaca. Selaku kerajaan yang menerajui perubahan, Kelantan mesti mengambil langkah memberi kenaikan pangkat berdasarkan senioriti dan merit tidak seperti kerajaan BN. Selain ini perkara-perkara yang baik dalam manifesto lawan perlu diberi perhatian seperti kepala bakul, cukai pintu, bayaran letak kereta dan sebagainya. Rakyat itu boleh mengubah keadaan yang ada jika hidup mereka tertekan. Satu perkara lagi cuti umum untuk kemenangan dan bonus untuk kakitangan.
Sekian, wassalam.
Pemerhati,
Allahuakhbar!!! Ternyata firman Allah dalam surah Al-Fil dan doa rakyat kelantan telah dimakbulkan. Ambo harap galaslah amanah yg rakyat berikan berlandaskan al-quran dan hadis kerana sesungguhnya Allah tidak akan menolong suatu kaum itu melainkan mereka menolong diri mereka sendiri.
Assalammualaikum,
TAHNIAH kepada barisan kepimpinan PAS dan rakyat Kelantan. Kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat berpuas hati dengan cara pentadbiran oleh kerajaan PAS.
Biarpun diasak, dikeji, dihina oleh BN namun kepimpinan dan rakyat kelantan tetap mempertahankan sebuah kerajaan yang berlandaskan hukum Allah s.w.t
Walaupun saya bukanlah rakyat kelantan , tapi saya bangga.
Semoga PAS terus memerintah.
Allah hu Akbar.
Now that the opposition parties have won control of 5 state government and deny BN two third majority in the parliament, do the next stage by petition for a Royal Commission on Electoral Reform (RCER) in Malaysia.
If you want to have a better future for our children in Malaysia, do you bit by signing the on-line petition at http://bersih.org.
Why do we need to reform the Election Commission?
1) the discrepancy between number of voters in urban and rural seats is too great. The smallest parliamentary seat (Federal Territory, Putrajaya) has only 6,608 voters while the parliamentary seat for Kapar in Selangor has 112,224 voters. What this means is that one vote in the Putrajaya parliamentary constituency is equivalent to 17 votes in the Kapar constituency.
2) A common tactic is to ‘buy’ the identity card of the voters. Party members will then vote on the voters’ behalf. Random checking of a person’s identity must be conducted using those finger print checking device. Any voting done on another person’s identity must be made a serious offence under the election law.
3) The rules on postal voting must be reviewed, tightened and amended. The current rule favours the ruling party as the armed forces personnel and policemen who vote by ‘postal voting’ would obviously not jeopardize their career or promotion prospect by voting for the opposition.
Tahniah, YB Haji Husam Musa.
Dear Husam,
Please advise Sheikh (kickdefella.wordpress.com) to be more careful in his words. He seems to be UMNO disguising himself as PAS member. He is becoming an excess baggage and will be a burden to the PKR/DAP/PAS coalition. Kick de fella if possible. Thanks.
Allahuakbar
Concern Malaysian and Servant of Allah
Salam dan tahniah utk Tok Guru dan YB semua
Apa pandangan Datuk berkenaan tulisan RPK dlm Malaysia Today berkenaan pelacuran di Kelantan negeri islam
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4366/84
semoga YB dpt memperbetulkan keadaan dan pandangan masyarakat berkenaan kelantan melalui tulisan ini yg boleh menjatuhkan imej Islam dan kerajaan pimpinan Tok Guru. wassalam
Assalamualaikum YB Datuk, pertama sekali tahniah atas kemenangan PRU12, dan selamat memikul amanah. sebenar YB sy tidak tahu di sini sesuai atau tidak untuk berinteraksi dgn YB, sebagai anak jati kelantan yg berada di rantauan kami sangat bangga dengan kelantan, namun saya ada sesuatu untuk perhatian YB, mengenai kebersihan Masjid Gua Musang kalau tidak salah saya nama Masjid tersebut Masjid Tengku Faris Petra, masjid yang menjadi persinggahan musafir samada dari kelantan ke Kuala Lumpur atau sebaliknya, untuk pengetahuan YB Datuk kebersihannya memang tidak terurus dengan baik, memang lah ada tong sampah tapi sampai melimpah-2, tandas pula macam nampak berbayar tapi tidak ade maintainace yang baik, saya fikir masjid ini mesti diberi perhatian khusus sebab inilah tanggapan pertama bila orang luar datang ke Kelantan.maaf saya tidak sempat untuk melampirkan gambarnya sekali. disamping itu saya ada terfikir mengenai tanah kosong disekitar kawasan masjid itu bagus juga kalau kerajaan Kelantan bina rumah musafir (chalet @ guest house) untuk para musafir singgah bermalam kalau penat untuk meneruskan perjalanan,kenakanlah bayaran berpatutan saya rasa maju jugak nanti.satu lagi masjid yang saya minta YB datuk ambil perhatian ialah Masjid al Baraah di Pasar Siti Khadijah, sistem saliran tandas dan tempat wudu' kurang terurus..ini masalah imej atau syiar..saya fikir itu juga sebahagaian dari metode dakwah,
sekian wassalam.
AGENDA DINAR EMAS
As Salamu'alaykum Datuk Husam,
1- Tahniah kerana kejayaan dalam pilihanraya di Kelantan dan juga di Kedah dan berrakan kongsi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
2- Rakyat ternanti-nanti kiosk dinar emas di negeri-negeri selain kelantan pula.
3- Rakyat juga ternanti-nanti dinar emas digunakan untuk tegakkan tiang zakat semula sekurang-kurangnya di negari-negeri yang disebut di atas.
4-Semoga pihak Datuk segerakan agenda Dinar Emas.
wassalam
Dinar Emas.
Post a Comment