Saturday, September 30, 2006

UMNO Terengganu Kepanasan?

Daftar pemilih Terengganu diserapi hantu?

Lazimnya pemimpin UMNO menafikan daftar pemilih di Negara kita tidak bersih. Hanya mainan Pembangkang, kata mereka.

Namun kini, sudah dua hari berturut-turut akhbar Utusan melaporkan kenyataan pimpinan UMNO Terengganu mengenai daftar pemilih di Terengganu sudah diganggu oleh ‘makhluk halus’.

Hari ini, Idris Jusoh sendiri membuat kenyataan. Katanya, UMNO Terengganu akan membuat bantahan secepat mungkin pada SPR.

Isunya, terdapat 10 peti undi dalam DUN Rhu Rendang mengandungi 300 orang pengundi hantu.

Ini sudah bagus. SPR harus bertindak. Pengundi hantu harus dinyahkan. Daftar pemilih mesti bersih, diyakini dan bebas dari manipulasi.

Nampaknya UMNO Terengganu sudah mula faham isu yang dibawa oleh Pembangkang selama ini. Hanya selepas adanya hantu dari pihak yang tidak dapat mereka kawal, baru mereka tahu bahaya fenomena pengundi hantu…..

3 comments:

encik_roy said...

Alhamdulillah. AKhirnya Encik Husam ada blog. Saya tertunggu2 blog encik husam, semenjak encik husam tidak lagi menjadi ahli parlimen. Kalau bole jemput juga Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang menulis didalam blog. Teknologi adalah satu revolusi. Sudah banyak cerita-cerita sejarah mencerikatan bagaimana revolusi teknologi berjaya mengubah lanskap politik. Amat rugi jika ramai pemikir2 alternative negara tidak ambil peduli akan teknologi.

Tahniah encik husam

Unknown said...

Encik Roy, Husam bukan Encik tapi Datuk Husam Musa.....Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang memang dah ada blog beliau sendiri dah lama dah

Anonymous said...

Satu berita yang memang memanaskan punggung2 org umno (giler kuasa tu!!!!)