Saturday, September 30, 2006

Kemenangan BN di Terengganu 2004 tak sah?

Pilihanraya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon BA di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Undi BA

1999 - 180,239 undi
2004 - 171,136 undi
beza - 9,103 undi

Jumlah kemorosotan ‘undi rakyat’ ini sangat kecil dan tidak memungkinkan UMNO/BN memerentah Terengganu.
Bagaimana UMNO boleh menang?

Selepas pilihanraya 1999, ada ‘pihak tertentu’ telah membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu. Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7% dan ini jauh melebihi purata kebangsaan.

Pengundi baru bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999. Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang! Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1% berbanding pilihanraya sebelumnya. Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana UMNO/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan.

Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?

Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.

Adakah ini bermakna UMNO/BN menang di Terengganu dengan satu ‘operasi khas’ dan bukan dengan suara rakyat?

SPR harus menyahut cabaran semua pihak untuk memberikan jawapan pada isu-isu yang sangat penting ini. Abdullah selaku PM yang menjanjikan pentadbiran yang telus dan bersih mesti menjadikan system pilihanraya yang bersih sebagai agenda paling utama beliau.

10 comments:

Anonymous said...

salam YB..

saya bersetuju dengan YB, kepincangan UMNO/BN Trg hari ini adalah salah satu petanda kepada penipuan yg mereka lakukan dahulu dan juga tanda bhw mereka akan tewas 2007 nanti..

Jong said...

salam YB Husam,
Islam Tarbawi sudah, Islam haraki sudah...rantau ini memerlukan Islam tsaqafi. PAS perlu segera menerokai kebudayaan dan kesenian dengan lebih tersusun jika mahu terus hidup hayatnya lebih lama.
terima kasih.

Anonymous said...

ASW YB Husam,

Comment yang sama ini telah pun saya panjangkan kepada Datin Wan Azizah, mungkin boleh dikongsikan pendapat oleh YB.
>
> Pada pendapat saya bukan saja Pengerusi SPR ABd. Rashid sepatutnya letak jawatan tetapi juga beliau sepatutnya didakwa diatas kesalahan salah guna kuasa kerana melanjutkan pilihanraya berlangsung 2 jam selepas tamat masa pengundian diselangor. Pengarah Pendaftaran negara Dt.Aseh bin... juga bersekonkol dengan parti memerintah dan SPR dalam piliharaya yang lepas dengan mengeluarkan KP sementara yang banyak kepada pendatang dan oraang asing untuk mengundi di beberapa negeri yang kuat dengan pembangkang.
> Diharap datuk seri Anwar dapat menyelesaikan masaalah ini dalam pilihanraya yang akan datang, jika tidak pembangkang akan ditipu lagi berulang2 kali.

encik_roy said...

Alhamdulillah. AKhirnya Encik Husam ada blog. Saya tertunggu2 blog encik husam, semenjak encik husam tidak lagi menjadi ahli parlimen. Kalau bole jemput juga Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang menulis didalam blog. Teknologi adalah satu revolusi. Sudah banyak cerita-cerita sejarah mencerikatan bagaimana revolusi teknologi berjaya mengubah lanskap politik. Amat rugi jika ramai pemikir2 alternative negara tidak ambil peduli akan teknologi.

Tahniah encik husam

encik_roy said...

Alhamdulillah. AKhirnya Encik Husam ada blog. Saya tertunggu2 blog encik husam, semenjak encik husam tidak lagi menjadi ahli parlimen. Kalau bole jemput juga Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang menulis didalam blog. Teknologi adalah satu revolusi. Sudah banyak cerita-cerita sejarah mencerikatan bagaimana revolusi teknologi berjaya mengubah lanskap politik. Amat rugi jika ramai pemikir2 alternative negara tidak ambil peduli akan teknologi.

Tahniah encik husam

Anonymous said...

Asslamualaikum.....Kelantan harus membangunkan kawasan Hulu Kelantan (Gua Musang) dengan pelbagai projek serampang tiga mata seperti membina Pusat Pengajian Islam, Perkampungan-perkampungan Islam yang mampu menambah bilangan penyokong PAS di situ jika berhasrat untuk mengukuhkan kekuatanya di Kelantan, limpahan daripada projek berkenaan isnyakallah akan dirasai oleh PAS Pahang Khususnya PAS Lipis dan Cameron Higlands yang berhampiran.

Anonymous said...

pada pandangan saya,kemenangan BN hanya kerana terdapat pengundi 'apungan' iaitu pengundi yg tidak punyai status tetap di sesuatu kawasan seperti contoh, anggota polis dan askar. perkara ini telah lama diketahui sebagai tektik BN untuk mendapatkan kemenangan di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan mereka.

Anonymous said...

assalam..
Saya amat setuju dengan apa yang diutarakan.Utk pengetahuan YB saya merupakan pegawai professional yang pernah berkhidmat di negeri sembilan yang merupakan kubu kuat UMNO.Daripada sumber yang boleh dipercayai saya telah mendapat tahu bahawa banyak pengundi 'hantu'disekitar kawasan ini terutamanya Kuala Pilah yang telah awal pagi lagi mengundi di Trengganu dan kemudiannya balik ke N-S untuk mengundi dikawasan masing -masing. Kalau ini berlaku sampai bilapun PAS tak menang, sebab SPR adalah 'baruah' mereka yang bersetongkol dengan mereka .Oleh itu saya mencadangkan supaya memasang strategi supaya memerangkapkan mereka ini dan SPR supaya di bawa kepengadilan dan pengetahuan umum untuk di buktikan. Sebenarnya strategi inilah yang memenangkan mereka dengan memberi alasan mereka ( pengundi ' hantu' ) adalah pengundi sah diluar kawasan ,walhal mereka adalah pengundi luar yang mengundi 2 kali dengan bantuan SPR yang 'baruah' ini.

Anonymous said...

mmg betul ada pengundi hantu. kawan saya sendiri menunjukkan kad pengenalan yang beralamat di kelantan, sedangkan dia org kedah. masa tu dia student, dapat 2 3 ratus gi tukar alamat kat ic pastu dapat lagi bila gi ngundi. semoga yb terus mencoretkan pandangan di blog. ramai boleh berkongsi.

Ali
PCB.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekarang mmg kita dah sedia maklum perkara nie, apa tindakan kita? Bagaimana kita hendak memastikan yang pilihanraya berjalan dengan telus?

Saya yakin, kalau dijalankan dengan telus, BN dah lama gulung tikar...Saya tau cerita pengundi hantu nie, sebab ada seorang rakan saya nie, dia join camp umno, bukan apa pun, just nak duit & makan free jer, bila di meja undi, pangkah benda lain, kih kih kih...