Friday, September 29, 2006

Ahlan wa sahlan....

Selamat bertemu. Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Bijaksana, Maha Mengatur, saya mulakan bicara-hati ini, sempena Ramadhan yang mulia.

Nabi Muhammad s.a.w ada menyebut, maksudnya lebih kurang “jika anda merasa ragu tentang sesuatu, tanyalah hati anda…..”


Fokus utama saya nanti, pembaharuan system pilihanraya Negara kita.

Pilihanraya yang bebas, betul dan adil, amat penting untuk kelangsungan kestabilan politik dan social Negara kita. Jika tidak, penguasa bobrok akan terus mendapat kuasa melanjutkan korupsi mereka, pilihanraya demi pilihanraya, menunggang system pilihanraya yang tempang, berat sebelah dan tidak adil.

Penguasa korup, akan melahirkan system hidup yang tempang pula, pendidikan, ekonomi, social, perundangan, atau apa sahaja.

Penguasaan tiran bertopengkan demokrasi BN, sesuatu yang boleh dicabar. Asal sahaja ada kesedaran dan kesedaran bermula dengan maklumat. Maklumat yang benar dan terkini amat penting tetapi dalam system Negara kita, tentu sahaja ruang untuk itu cuba ditutup serapat mungkin. Apa saja media Alternatif menjadi amat mendesak. Amat mendesak.

Husam Musa
Juma’at, 29 September 2006
Ramadhan, 6, 1427

8 comments:

Anonymous said...

ahlan wasahlan buat saudara husam. selamat dtg ke dunia blog ni. saya mengharapkan saudara dapat memberikan buah fikir yg bernas melalui kewujudan blog saudara, sekaligus membuka pemikiran rakyat yg masih samar2 barangkali....

Allahuakbar!

Dr Nizam Zakaria said...

assalamualaikum akhi, selamat berjuang dalam blog pula. mudah2an Allah kurniakan tsabat dalam perjuangan. look forward to share some thoughts via this medium.

Anonymous said...

Good Job Bro..Keep up!!
We're Youth of Nation who will always behind you!!!..

Anonymous said...

assalamualaikum, tahniah & good job.tapi kenapa pilih blogger, kalau pakai wordpress sbg platform lagi baik dan lagi cepat tersebar. juga lebih mesra enjin carian. just my 2 cents.

assalamualaikum.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Husam,

Selamat berjuang dan terus berjuang!


anak kelantan diperantauan

Anonymous said...

Dear Dato', I'm a Chinese Malaysian who is not a Muslim. I saw your very kind gesture at Rev Dhammananda's funeral. It is very nice of you and I'm sure many appreciated that gesture. It doesn't make you any less Muslim, I'm sure, by showing kindness to non-Muslims. In fact, I now have a new found respect for Muslims because of your kindness. I am also very impressed by the fact you acted as the guide for reporters who wanted to write about a temple in Kelantan. This shows you are a leader and representative of every Kelantanese regardless of race and religion. My deepest appreciation to you.

CN

Anonymous said...

waaa...kagumnya...
sedangkan non-muslim pun tau dan hargai keupayaan dato'...
insyaallah Kelantan akan tetap milik PAS...
mudah2an satu hari nanti kita mampu tawan hati semua rakyat Malaysia...bahawa apa yg diperjuangkan UMNO dah tak relevan lagi...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
untuk mengecapi kemanisan iman sudah menjadi sunnatullah pelbagai onak dan ranjau perlu ditempuhi...namun bagi orang yang beriman itu semua menjadi asam garam dalam kehidupan mereka...selamat berjuang sehingga ke akhir hayat, semoga kita dikenali sbg pejuang di dunia dan akhirat.. insyaAllah...