Sunday, March 23, 2008

Abdullah hilang plot

Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?

Namun, rakyat tertekan dengan kelemahan kepimpinan beliau yang kian ketara. Terakhir, krisis di Terengganu.

Sebelum pilihanraya, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga BN menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.

Menjelang pilihanraya baru ini, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan - tapak Melayu-Islam. Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong UMNO. Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman.

Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai.

Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?

Kini, Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.

Ketika segelintir ahli UMNO Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan UMNO adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, UMNO pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu.

Apa pentingnya mempertahankan Idris sehingga badai politik dengan Istana perlu dicipta? Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya?

Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau masjid kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris?

Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?

Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot. Terpulang kepada UMNO mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak.

Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?

Adakah Idris begitu perfect sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.

Mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua.

9 comments:

  1. You scratch my back I scratch your back meiii.. tentu itu kurap maaanyak busat punya.. sampai mau lawan sama pihak Istana.

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi kat terengganu... UMNO nampaknya tak setia pada " kesetiaan pada raja & negara" diaorang setia pada "kesetiaan pada paklah & ameno"

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:43 PM

    memang banyak rahsia si pak lah nak cover..deris memang gila jual terengganu kat konco2 samseng.. serius, deris are not supported by the kingdom people..

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:43 PM

    memang banyak rahsia si pak lah nak cover..deris memang gila jual terengganu kat konco2 samseng.. serius, deris are not supported by the kingdom people..

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:11 PM

    We must change from "Malaysia Boleh" to "UMNO Boleh". UMNO Raja di Malaysia. Yes!!! UMNO apa pun Boleh. Go Go UMNO. E-DIOTS UMNO.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:17 PM

    artikel ni mcm same je dgn dr mykmu.net. sila ke link ini

    http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6353

    sy rs diorg ciplak copyright datuk..

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:38 PM

    yup copy/paste .. tgk tarikh dah bleh tau .. link yang kamu bagi bertarikh 25 march .. post nie bertarikh 23 march .. tak tau laa nape siap ade name di link yang kamu bagi tu

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:43 PM

    Wahai Melayu……



    Tamat sudah mimpi yang ngeri

    Suara rakyat harus dihormati

    Orang Melayu tersangatlah rugi

    Kerana dendam kesumat dihati

    Dapat kuasa lupa diri

    Himpun harta dan kumpul isteri

    Saudara mara dan kroni

    Ingatkan berkuasa sampai mati

    Yang membangkang pun tak sedar diri

    Bila marah penuh emosi

    Menang sorak suka hati

    Kampong tergadai tak siapa peduli

    Orang Cina bersatu hati

    Lalu dapat sebuah negeri

    Melayu tumpang puas hati

    Kerana tersangatnya sakit hati

    Kepada UMNO sunggoh benci

    Ada 4 tahun lagi

    Melayu mesti baiki diri

    Jangan kita berpecah lagi

    Takut negeri tergadai lagi

    ReplyDelete
  9. lagi lagi barang naik.dahla cakap tak serupa bikin.rakyat dah muak dengan putar belit bn.kalau kawe derhaka ko sultan.riuh sekampung umno gegel.kalu demo derhaka senyap tak bunyi.rakyat bukan bodo.rakyat makin cerdik.selamat tinggal bn...pilihan kawe pakatan rakyat.takbir

    ReplyDelete