Thursday, August 02, 2007

LANCAR JAMBATAN KONKRIT, PUTUS JAMBATAN KASIH

PM berada di Kelantan selama dua hari dengan pelbagai acara 'besar'.

Pagi semalam (Khamis), acara perletakan batu asas Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, setengah kilometer dari Kota Darulnaim, Pejabat MB Kelantan.

Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah. Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi.

Mungkin Pak Lah merasa UMNO sudah terlalu kuat. Sapa menyapa membuang masa. Tuan rumah boleh dinyahkan bila-bila masa dengan 'power' yang UMNO ada.

Khemah besar lagi panjang di tapak projek pagi itu diberitakan kosong. (Lihat foto di Harakahdaily) Puas diseru orang ramai memenuhi khemah, khemah tak terpenuhkan.

Rakyat Kelantan sudah tentu mahukan jambatan. Tetapi jambatan per se adalah perkara biasa yang tak perlu dikerumuni. Ia akan siap jika Kerajaan Pusat ada wang dan kemahuan. Itu acara biasa yang tak perlu kepada keriuhan.

Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama' di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr. M lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun M sebagai PM pada waktu itu. Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik. Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadhiran Tok Guru.

Event semalam tak ada tarikan itu.

Tun M nampaknya lebih cekap menghitung mood rakyat Kelantan.

Pertama teluk kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Pertama elok kedua pandai
Ketiga baik perangai penghulu


Anak Cina ketimbang madat
Dari Melaka berakit ke Deli
Hidup ketua biar beradat
Budi bahasa tak dijual beli


Baik baik mengail tenggiri
Jangan terkena jambatan larang
baik baik menyombong diri
jangan sampai tak disukai Tuhan


Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Tetamu datang tak sudi bertemu
Usahkan salam sapa pun tak mau


Yang berdiri berikan salam pada yang duduk
Yang seorang berikan salam pada yang ramai
Yang datang berikan salam pada yang menunggu

1 comment:

Anonymous said...

"LANCAR JAMBATAN KONKRIT, PUTUS JAMBATAN KASIH"

aduh sedap. pah buke sek demo wak program eh aritue?

2 hari ko 3 hari berturut. keh nyor, nk tarik sokongan rakyat ko guane. doh taw terey2 pok loh nk mari, consider la.

bkn kah memuliakan tetamu itu penting dari memuliakan diri sndri.

chk ur post back dude.
jgn ckp sebarang. nati nayo!