Friday, October 06, 2006

Pilihanraya: Abdullah tak perlu berteka-teki

Akhbar Utusan hari ini melaporkan Perdana Menteri menolak pilihanraya sudah di ambang pintu. Kata beliau, tak ada sebab untuk itu.
“Perdana Menteri berkata, tidak ada sebab baginya untuk berbuat demikian memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak tanggungjawab kepada rakyat yang perlu dilaksanakan.”
‘‘Kenapa perlu saya adakan (pilihan raya), boleh anda berikan saya sebab-sebab perlu diadakan pilihan raya umum?,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) di pejabatnya di sini hari ini.
Ditanya adakah pilihan raya umum lebih awal perlu diadakan bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Abdullah mendapat mandat baru yang lebih besar, beliau berkata: ‘‘Mandat yang telah saya peroleh adalah mandat yang besar.’’
Jika sebab yang diminta oleh Abdullah, ada sebabnya. Abdullah perlu menggelakkan serangan berterusan Tun M ke atasnya. Serangan Tun M boleh menumbangkan Abdullah di luar gelanggang pilihanraya. Serangan berpanjangan boleh menggerhanakan kepimpinan Abdullah dalam banyak cara.
Mandat baru boleh mendiamkan kritikan Tun M dan dengan mandat itu, tindakan susulan boleh diambil ke atas Tun M jika beliau masih berbuat bising.
Tetapi ada isu yang lebih penting di sini.
Mengapa tarikh pilihanraya tidak boleh ditetapkan lebih awal, katakan enam bulan sebelum? Mengapa ia mesti kekal menjadi prerogative PM?
Pilihanraya yang adil ialah semua parti termasuk parti pemerentah, mempunyai padang permainan yang sama. Parti pemerentah tidak harus diberikan keistimewaan atau markah permulaan dengan menyembunyikan tarikh pilihanraya dan mengumumkannya secara mengejut bila ia merasakan ia telah kuat dan bersedia.

Ini bukan telus. Ini bukan pembaharuan. Ini berat sebelah. Ini boleh melindungi parti pemerentah sekalipun mereka lemah dan tidak lagi berupaya memberikan kebaikan yang optimum kepada rakyat untuk kekal berkuasa.
Mengapa Abdullah perlu berteka-teki? Apa payahnya Abdullah mengamalkan dasar baru, pilihanraya tidak boleh diadakan sebelum tarikhnya ditetapkan enam bulan lebih awal. Jika enam bulan terlalu lama, empat bulan boleh diterima, asal masing-masing parti terikat dengan tarikh yang tertentu lebih awal.

2 comments:

Anonymous said...

YB....Abdullah boleh berteka teki tapi parti-parti pembangkang harus bergerak pantas dan menggembeling tenaga dengan memberi rakyat alternatif yang relevan - UMNOputra boleh beli macam-macam dengan duit rakyat, PAS pula tak habis habis dengan isu tudung, moral.... sementara itu negara hanggus di makan api korupsi.

Anonymous said...

apakah teka-teki pilihanraya masih menjadi agenda persoalan yg penting.saya tertarik dengan komen dato semasa dialog bersama pemimpin di kok lanas-bagaimana kekuatan jemaah hizbullah di bangunkan..,
Apa yang menarik adalah kaedah dan cara hizbullah di hidupkan.mereka bergerak sebagai sebahagian dr elemen masyarakat-bukan sekadar menunggu tarikh pilihanraya...seleruh tenaga di gembelingkan untuk membantu komunity dalam segala hal.
berbeza denga kita di malaysia,yang mana minda dan ideologi kita telah di tanam bahawa parti itu adalah satu pertubuhan untuk menghadapi pilihanraya dalam konsep yang cukup sekular dibawah pengaruh zero-sum.maka apa yang penting adalah usaha memasyarakatkan pendukung parti dari menghitung tarikh pilihanraya.
selembar kata-kerajaan dan kekuasaan politik bukanlah maksud utama perjuangan kita,tapi kalau itulah yang di anugerahkan oleh Allah kita akn memikulnya dengan penuh tanggungjawab dan amanah,maksud utama perjuangan ini adalah bagaimana hukum Allah an syiar agama dapat di tegakkan di bumi ini.
maka satu saranan pas perlu lebih aktif dan agresif menanggani secara dekat dalam masyarakat.kurangkan cakap politik...usah di hitung tarikh pilahanraya.